Aktivis perlu henti tipu rakyat - Utusan Malaysia

Aktivis perlu henti tipu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DAKWAAN sekumpulan aktivis Himpunan Kerajaan Gagal bahawa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barangan adalah satu lagi penipuan kepada rakyat.

Dahulu, harga ayam adalah pada kadar RM9.90 sekilogram. Kini harganya sudah pun sekitar RM7 hingga RM8 sekilogram. Harga minyak masak botol untuk lima kilogram pula sudah turun daripada RM45 kepada RM34 sebotol dan dijangka berkurangan lagi selepas ini.

Dakwaan tiada sebarang bantuan kepada rakyat juga merupakan satu lagi tuduhan palsu kerana kerajaan sudah pun memberikan subsidi paling banyak dalam sejarah negara kita berjumlah RM77.7 billion.

Jumlah itu sudah jauh melebihi bantuan subsidi sebanyak RM45 bilion yang diminta oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan kepimpinan DAP lain.

Dakwa mereka, kerajaan sekarang gagal menangani isu kapal tempur pesisir (LCS) juga tidak berasas kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri yang membatalkan dan melambatkan proses pembinaan kapal tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri sudah menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara untuk segerakan siasatan.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada 2019 bukan lagi menjadi dokumen rahsia sekali gus boleh dibaca oleh seluruh rakyat.

Sebenarnya semua tuntutan aktivis terbabit telah dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, terimalah hakikat terdapat banyak kejayaan kerajaan sekarang yang baru genap setahun termasuk memastikan inflasi Malaysia terendah di ASEAN iaitu sebanyak 3.4 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah nombor satu di ASEAN pada kadar 8.9 peratus dan pengangguran menurun ke tahap terendah iaitu 3.9 peratus. – UTUSAN

SHEN YEE AUN, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya