Bimbang beras untuk rakyat ‘ghaib’

Bimbang beras untuk rakyat ‘ghaib’

KERAJAAN perlu bertindak menghentikan fenomena sawah ditimbus untuk dibangunkan projek perumahan. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU kawasan sawah dibangunkan dengan projek perumahan bukan perkara baharu. Antara puncanya kerana rata-rata pesawah berusia dalam lingkungan 50-an hingga 70-an yang tidak mampu lagi mengusahakan tanaman itu.

Golongan warga emas terbabit juga dibebankan dengan pelbagai masalah termasuk kesukaran menerima bekalan baja subsidi sedangkan benih padi sudah ditabur sejak April lalu.

Kawasan sawah yang semakin mengecil boleh menjejaskan pengeluaran beras secara berterusan dan tidak mustahil pada masa depan ia akan mengalami nasib sama seperti minyak masak peket bersubsidi yang ‘ghaib.’

Oleh itu, disarankan kerajaan negeri mewartakan dan mengekalkan kawasan jelapang padi sedia ada bagi mengelakkan sawah dibangunkan dengan projek perumahan.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan perlu membayar pampasan kepada kerajaan negeri yang berjaya mengekalkan kawasan sawah padi.

Mekanisme ini belum wujud lagi di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ada kaedah hampir serupa apabila membayar sejumlah pampasan kepada negara yang telah berjaya mengekalkan kawasan hutan.

Dalam usaha mengurangkan beban di pihak pesawah ketika kos sara hidup semakin meningkat, kerajaan perlu meningkatkan subsidi input pertanian terutama kapur, baja dan racun perosak.

Sekiranya, bahan-bahan terbabit tidak mampu dibeli oleh pesawah maka hasil tuaian padi tidak akan menjadi dengan baik seterusnya memberi kesan kepada bekalan beras negara.

Kita tidak mahu rakyat mengalami krisis yang sama dalam mendapatkan beras sebagaimana kita berdepan masalah bekalan makanan yang tidak cukup di pasaran sekarang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. – UTUSAN

DR. MUHAMMAD FIRDAUS SULAIMAN
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya