Singkir pemain Harimau Malaya terlalu selesa

Singkir pemain Harimau Malaya terlalu selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas tulisan Muzakkir Haron bertajuk Harap Farizal disingkir sebab buat silap sama yang disiarkan dalam ruangan ini pada 20 Jun lalu.

Saya bersetuju dengan tulisannya dan secara peribadi kecewa dengan prestasi penjaga gol berpengalaman, Farizal Marlias di atas padang kerana seolah-olah tidak fokus dengan permainan.

Bukan sahaja Farizal, beberapa nama dalam skuad kebangsaan termasuk pemain naturalisasi yang tidak dapat menunjukkan prestasi meyakinkan wajar ‘ditunjuk jalan keluar’ daripada membarisi kem bola sepak kebangsaan.

Kini Malaysia menghampiri pakej lengkap dengan kemasukan jurulatih dari Korea Selatan yang menerapkan konsep profesional dalam menguruskan skuad tersebut.

Besar harapan saya semoga jurulatih tempatan dapat mempelajari sesuatu daripada Kim Pan-gon. Lihat sahaja beliau tidak lagi menurunkan pemain-pemain bermasalah semasa berhadapan skuad Bahrain. Bagi saya, sifir mudah, tiada siapa akan kekal dalam skuad kebangsaan.

Seingat saya semasa masih kanak-kanak, Datuk Santokh Singh, Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun, Bakri Ibni dan Datuk R. Arumugam dan lain-lain lagi tiada istilah bermain sambil lewa.

Mereka memberikan komitmen 100 peratus di atas padang demi perjuangan untuk maruah negara semata-mata.

Sekiranya sikap sama ditunjukkan oleh pemain sedia ada, saya yakin Harimau Malaya yang selama ini bagaikan ‘hilang taring ‘ dapat dirawat segera. – UTUSAN

HARIMAU KUMBANG, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya