Selesaikan dahulu isu import makanan - Utusan Malaysia

Selesaikan dahulu isu import makanan

SEKIRANYA subsidi ditarik balik maka secara automatik harga barangan akan meningkat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN membuat pengumuman akan menarik balik subsidi beberapa barangan keperluan. Pada masa sama, pengumuman untuk memberi tambahan RM100 kepada program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga dimaklumkan.

Sesiapa sahaja yang mentadbir negara pasti akan memikirkan cara terbaik untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Maka keputusan menarik balik subsidi dan menambah bantuan tunai untuk program BKM pasti diputuskan setelah mendapat nasihat daripada pakar ekonomi dan sosiopolitik serta penasihat-penasihat lain yang berkhidmat untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sudah tentulah keputusan tersebut memberi kesan positif kepada seluruh rakyat dan negara, bukannya menyebabkan orang ramai merungut dan kecewa serta rasa tertekan kesan akibat tindakan menarik balik subsidi tadi.

Sebagai rakyat yang memahami sedikit asas ekonomi, sekiranya subsidi ditarik balik, sebahagian kos tidak lagi ditanggung kerajaan. Justeru, secara automatik harga barangan akan meningkat.

Dan apabila kerajaan memberi tunai kepada rakyat secara berkelompok, maka peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan kerana kuasa beli rakyat bertambah walaupun sementara. Kesan harga barangan naik ini yang menghimpit kehidupan rakyat sekarang.

Peruntukan untuk program BKM adalah berjumlah RM8.2 bilion seperti diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Daripada negara bergantung kepada import bekalan makanan, jumlah ini boleh digunakan untuk satu program mempertingkatkan hasil pengeluaran dan kecekapan pembekalan makanan tempatan yang lebih lestari dan mampan. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Ahli Majlis Eksekutif, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.