Jejantas mampu selesaikan masalah parkir di hospital

Jejantas mampu selesaikan masalah parkir di hospital

Sebanyak 4,053 Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mengisi kekosongan sedia ada. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HOSPITAL Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang dianggap sebagai hospital kluster. Mula beroperasi pada 2005, mempunyai hampir 500 katil pesakit di bangunan setinggi sembilan  tingkat serta terdapat lebih 1,000 pegawai dan kakitangan.

Maka, ia boleh dianggap sebagai hospital besar dan kedua terbesar serta penting di Pahang selepas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Namun begitu sejak akhir-akhir ini, kekurangan ruang letak kereta menjadi masalah utama. Pihak pengurusan hospital terpaksa mengkhususkan ruang letak kereta kakitangan kepada perawat pada waktu pagi hingga tengah hari. Pegawai serta kakitangan yang tinggal di luar kuarters dibenarkan meletak kenderaan di bahu jalan dalam kawasan dan luar pagar hospital.

Jadi, saya melihat adanya keperluan untuk membina jejantas pejalan kaki di luar pagar hospital melintasi jalan raya utama dari arah bandar Temerloh ke Maran supaya sebahagian pelawat dan pesakit luar boleh menggunakan kemudahan ini sebagai laluan ke hospital. Pelawat boleh meletakkan kereta di tempat lain yang sesuai bagi mengelak kesesakan dalam hospital atau hanya menurun dan mengambil ahli keluarga di jejantas berkenaan. Lebih elok lagi sekiranya disediakan kemudahan lif bagi mereka yang berkerusi roda.

Dengan adanya jejantas ini juga boleh mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama terutama pada waktu pagi kerana kenderaan pegawai, kakitangan serta pesakit luar sudah mula memenuhi pekarangan hospital.

Selari dengan projek pembesaran dan naik taraf Jambatan Sultan Abu Bakar yang sedang berjalan dan terletak cuma dua kilometer dari hospital ini, maka amat sesuai jejantas dibina di laluan ini.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN