Jaga tepi kain dapat kekang gejala bunuh diri

Jaga tepi kain dapat kekang gejala bunuh diri

MASALAH tekanan jika tidak di atasi boleh membawa kepada jalan singkat iaitu bunuh diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, banyak kes bunuh diri melibatkan rakyat Malaysia dimainkan di media massa atau media sosial sekali gus menunjukkan masalah tekanan dalam kalangan penduduk negara ini di tahap membimbangkan.

Tidak dinafikan penularan pandemik Covid-19 merupakan antara faktor kejadian ini berlaku, selain masalah hutang, kesihatan, kewangan, keluarga ataupun cinta.

Difahamkan secara purata seramai 77 orang di Pulau Pinang membunuh diri setahun dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu antara 2020 hingga tahun ini setakat Mei lalu.

Melihat kepada bilangan yang semakin bertambah ini, sudah tiba masa kita sebagai rakyat menunjukkan sikap bertanggungjawab dan prihatin jika melihat rakan atau ahli keluarga yang menghadapi masalah atau tertekan.

Cubalah membantu sebaik mungkin. Tidak salah menjaga tepi kain orang lain demi kebaikan bersama. Sarankan kepada mereka mendapat bantuan daripada pihak sepatutnya.-UTUSAN

NAZ KHALID
Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya