Hairan Pejuang terlalu obses dengan Anwar - Utusan Malaysia

Hairan Pejuang terlalu obses dengan Anwar

KEMENANGAN PH pada PRU14 bukan kerana faktor Dr. Mahathir Mohamad semata-mata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya terbaca kenyataan Ketua Penerangan Pejuang Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Akif Rusli yang mendakwa pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) taksub terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya pada 7 Jun lalu, Akif mendakwa kepimpinan AMK yang baharu mewarisi sikap putar belit Anwar kerana menafikan keretakan dalaman PH bermula kerana diatur gerak oleh kepimpinan AMK dan PKR itu sendiri.

Bagi saya, kenyataan Akif memperlihat betapa dangkalnya pemikiran pemimpin muda Pejuang apabila menuduh pemimpin AMK obses dengan Anwar sedangkan tiada satu pun kenyataan daripada Ketua AMK yang baharu, Adam Adli Abd. Halim tentang Langkah Sheraton dan sebagainya.

Sebaliknya, ciapan Adam Adli sebelum itu cukup mudah untuk difahami, iaitu rakyat sudah mula muak dengan jenaka yang didendangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan berubah-ubah.

Bukan itu sahaja, menyatakan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana dipimpin Dr. Mahathir hanyalah ayat dusta kerana hakikatnya pelbagai faktor menyumbang kejayaan pakatan terbabit dan bukan bergantung pada faktor bekas Perdana Menteri itu semata-mata.

Saya senada dengan apa yang dikatakan Adam Adli iaitu sudah-sudahlah mengulangi perkara sama kerana kami dari sayap AMK lebih gemar fokus perkara yang menanti di hadapan dan bersiap siaga untuk menghadapi PRU15 yang bakal tiba bila-bila masa sahaja. Kami bukannya membuta tuli menyerang sesama blok pembangkang.

Politik ini berbentuk dinamik dan setiap keputusan juga dibuat atas kesepakatan bersama yang boleh menguntungkan rakyat, bukannya mana-mana individu. Inilah ramuan PH selama ini.

Sikap Pejuang yang sering menyalahkan Presiden PKR mungkin menunjukkan sisi obses mereka terhadap susuk yang bernama Anwar. Mungkin Pejuang perlu belajar menghormati kawan dan lawan serta elak daripada sering menyalahkan Anwar jika mahu kekal relevan. – UTUSAN

YUSLAINI AZMI, Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN