Tiada etika punca kemalangan

Tiada etika punca kemalangan

SIKAP sambil lewa terhadap keselamatan semasa memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM suasana riang menyambut Hari Raya Aidil tri selepas dua tahun beraya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita digemparkan dengan berita kemalangan maut melibatkan lima mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora.

Berita kemalangan maut ini sebenarnya bukanlah luar biasa di Malaysia. Saban hari, bilangan kes kemalangan yang direkodkan meningkat sehingga menjadi kerisauan semua pihak. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan jika pemandu mengamalkan etika pemanduan yang betul dan mematuhi peraturan jalan raya.

Terdapat banyak langkah selamat yang boleh diambil untuk mengelak kemalangan jalan raya bermula daripada pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan secara rawak boleh dilakukan setiap kali sebelum pemanduan manakala penyelenggaraan terperinci dan berkala sebelum memulakan perjalanan jauh.

Pemandu juga haruslah patuh dan mengikuti semua undang-undang jalan raya. Kebiasaannya kemalangan terjadi apabila pemandu gagal mematuhi undang-undang seperti melanggar lampu isyarat merah, tidak memberikan lampu isyarat semasa menukar lorong atau membelok, melebihi had laju ditetapkan, memotong kenderaan lain ikut lorong kiri dan kesalahan lain yang sering dianggap remeh.

Persiapan emosi dan mental pemandu juga amatlah penting dalam menjamin pemanduan yang selamat. Pemandu yang mabuk sama sekali tidak dibenarkan memandu sebarang jenis kenderaan kerana berada dalam minda di bawah sedar.

Pemandu yang mengantuk pula disaran berhenti dan berehat di kawasan-kawasan rehat dan rawat (R&R) atau hentian sebelah yang paling hampir untuk mengelak hilang fokus semasa memandu.

Pemandu perlulah mengamalkan etika pemanduan yang betul untuk mengelak situasi tidak terduga. Kemalangan boleh dielak jika semua pihak sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya. Jadilah pemandu yang berhemah, ingatlah orang tersayang. Anda mampu mengubahnya.-UTUSAN

SA’ADAH SHAHNOM
Fakulti Kepimpinan & Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya