Risiko besar kemalangan jalan raya Gerik-Jeli

Risiko besar kemalangan jalan raya Gerik-Jeli

KEADAAN jalan yang tidak diselenggara dengan baik boleh mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya dari Gerik ke Jeli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM Ramadan lalu, saya berkesempatan ke Kota Bharu, Kelantan bersama keluarga untuk bercuti. Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah sepanjang laluan bermula dari Gerik ke Jeli, keadaan jalannya sangat teruk dan bertampal-tampal bahkan agak sukar untuk dilihat dari jauh ketika sedang memandu lebih-lebih pada waktu malam.

Keadaan ini jika dibiarkan boleh mengundang kecelakaan malah laluan Lebuh Raya Timur-Barat didapati banyak sekali selekoh tajam dan dianggap bahaya ke atas pengguna jalan raya.

Maka wajar diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak yang terlibat agar bersikap bertanggungjawab demi keselamatan pengguna jalan raya. Paling menyakitkan mata apabila garisan putih di tengah-tengah jalan sudah tidak boleh dilihat dan ini menyukarkan serta mengelirukan pengguna jalan raya.

Salah satu punca terjadinya kecelakaan selain kecuaian pemandu adalah disebabkan keadaan jalan raya yang tidak selamat seperti turapan tar tidak rata atau berlubang dan bertampal-tampal.
Justeru, pihak-pihak terlibat harus memandang serius mengenai isu ini tanpa bersikap prejudis atau seboleh-bolehnya melupakan sentimen politik kepartian.

Jangan jadikan alasan politik untuk ‘menahan’ atau ‘menunda’ sebarang usaha atau langkah bagi menaik taraf Lebuh Raya Timur-Barat dari Gerik ke Jeli. Risiko besar sudah pasti bagi penunggang motosikal yang boleh menyebabkan kecelakaan atau kemalangan maut.

Sepatutnya pihak berwajib memikirkan cara dalam menyediakan infrastruktur yang baik dan selamat demi keselesaan semua pengguna jalan raya di laluan tersebut untuk menuju ke destinasi yang juga dikenali sebagai serambi Kota Mekah.-UTUSAN

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya