Melawan korupsi agenda siapa? - Utusan Malaysia

Melawan korupsi agenda siapa?

MELAWAN korupsi harus menjadi agenda semua sebagai rakyat Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Realiti pahit yang perlu diterima dengan hati terbuka adalah apabila Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia menjunam jatuh sejak dua tahun kebelakangan ini. Terkini jatuh sehingga kedudukan ke-62 berbanding dahulu di kedudukan yang ke-57 dunia. Kejatuhan ini signal bahawa situasi semasa gejala rasuah dan korupsi negara semakin menebal.

Jika dapat mengamati dengan mendalam titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Majlis Perutusan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun lalu jelas menggambarkan suasana sebenar dalam negara kita.

Di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), pelbagai langkah diambil kerajaan dalam memerangi rasuah seperti menubuhkan Unit Pencegahan Rasuah, Badan Pencegah Rasuah, Biro Siasatan Negara, Pelan Integriti Nasional (PIN), menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan.

Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Kebangsaan pula ditubuhkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bagi menunaikan manifesto dan membawa pesalah rasuah ke muka pengadilan. Bukan itu sahaja, Pelan Antirasuah Nasional diperkenalkan (NACP) 2019-2023 juga diwujudkan bagi memecahkan rantaian rasuah.

Banyak inisiatif oleh kerajaan untuk membanteras rasuah sejak sekian lama tetapi kesannya agak tidak meyakinkan. Bahkan, masalah ini sebenarnya begitu rumit dan memerlukan seluruh jentera negara bekerjasama termasuk badan bukan kerajaan (NGO), gerakan sosial, pemimpin komuniti, ahli akademik dan keluarga.

Malaysia sangat dahagakan sebuah negara yang mengangkat nilai integriti, adil dan saksama. Hal ini memberikan aspirasi kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia untuk mengangkat ciri pertama dalam 12 ciri Negara Rahmah iaitu Kepimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti.

Justeru itu, IKRAM menggariskan beberapa ciri untuk dijadikan penanda aras kepada sebuah impian ini. Mungkin tidak mencukupi tetapi ia sudah memadai untuk menggambarkan suasana dan jenis negara yang bagaimana kita mahukan.-UTUSAN

PROFESOR DR. HANIM SALLEH
Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN