Kecewa menara telekomunikasi ‘lesap’ - Utusan Malaysia

Kecewa menara telekomunikasi ‘lesap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAWASAN di sekitar Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang terletak berhampirannya sebelum ini mendapat liputan isyarat talian telefon yang tidak begitu memuaskan.

Bagaimanapun, kemunculan wabak Covid-19 seakan-akan memberikan satu rahmat apabila syarikat penyedia talian telefon telah membaiki mutu perkhidmatan mereka di kawasan terbabit.

Langkah itu dibuat setelah kerajaan pada 10 Mac 2020 mewartakan HSB sebagai hospital bagi rawatan khusus untuk pesakit Covid-19 sebagai langkah strategik bagi menampung keperluan katil dan pengurusan hospital yang optimum dalam memerangi pandemik.

Pada kemuncak operasinya, HSB mampu menampung lebih 2,000 pesakit Covid-19 pada satu-satu masa dan sehingga 27 April lalu, seramai 92,874 orang telah dirawat di situ.

Selepas itu pada 28 April lalu, Kementerian Kesihatan bersetuju menukar kembali status HSB kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti sebelum ini selepas mengambil kira penurunan kes penyakit berkenaan serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan yang rendah bagi merawat pesakit berkenaan di Lembah Klang.

Sepanjang tempoh dua tahun tersebut, para petugas HSB dan pesakit dapat menggunakan telefon dan melayari internet dengan baik sekali.

Namun sejak dua minggu lalu, perkhidmatan beberapa syarikat telekomunikasi kembali merosot. Saya difahamkan bahawa syarikat ini telah pun menarik kembali menara telekomunikasi mereka yang ada di situ.

Langkah tersebut telah menjejaskan perkhidmatan kepada pelanggan mereka serta dilihat langkah ke belakang.

Sewajarnya syarikat telekomunikasi terus mengekalkan menara mereka di situ bagi kemudahan masyarakat setempat terutama para petugas kesihatan. – UTUSAN

OULED KENITRA, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.