Jangan mudah label orang bidaah - Utusan Malaysia

Jangan mudah label orang bidaah

HUKUM menyampaikan tazkirah diperkuburan sesudah atau semasa proses pengebumian pernah menjadi perbahasan dalam kalangan para ulama. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Terpanggil untuk merespons terhadap satu isu yang dianggap kitar semula yang cuba dicetuskan kembali dalam masyarakat umat Islam iaitu berkaitan fahaman Wahabi. Golongan agamawan dan ilmuan sepatutnya mengembalikan peranan ilmu dan memikul pegangan umah dengan tidak harus melibatkan masyarakat luar dalam kancah kefahaman yang sempit atau sebaik-baiknya hendaklah menghormati uruf setempat.

Terdapat satu aliran yang didapati bertentangan dengan prinsip wasathiyah yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi.

Tidak menafikan aliran yang dikenali sebagai persedeo salafi (wahabi) dilihat lebih menonjolkan tahap keintelektualan yang tinggi. Pada hemat saya amalan orang Islam sudah berakar umbi dan banyak mendatangkan manfaat besar sepatutnya tidak diganggu dengan ungkapan “Nabi SAW tidak pernah buat”.

Konsepnya mudah, janganlah para agamawan dan ilmuan termasuklah pengikut aliran persedeo salafi mengambil sikap melabelkan seseorang itu sebagai bidaah sekiranya tidak bersetuju dengan pendapat atau perbuatan seseorang.

Justeru, minda dan kefahaman terhadap sesuatu isu yang terkait dengan budaya uruf setempat haruslah dihormati, dilakukan secara lebih beradab seperti bercakap, bergaul dan berkomunikasilah dengan orang awam mengikut kadar upaya akal mereka.

Jika boleh gembirakanlah serta mudahkan urusan ibadat mereka dan bukannya menyogok dengan kefahaman yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mendatangkan perpecahan dan perbalahan umah. Cukuplah masyarakat Islam terbeban dengan masalah kekalutan dan krisis politik yang tiada berkesudahan.-UTUSAN

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN