Harga minyak sawit merah terlalu mahal - Utusan Malaysia

Harga minyak sawit merah terlalu mahal

MINYAK sawit merah dikatakan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui bahawa minyak sawit merah banyak kebaikan untuk kesihatan kerana mempunyai bahan digelar karotena.

Bahan ini sebenarnya hanya terdapat dalam makanan tertentu seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dianggarkan kandungan karotena dalam minyak sawit merah melebihi 15 kali lobak merah, 300 kali melebihi tomato dan 44 kali melebihi sayuran hijau. Dewasa ini kita hanya dimomokkan dengan harga minyak masak yang mahal.

Suatu masa dahulu, harga lima kilogram (kg) minyak masak tiada subsidi sekitar RM30 lebih.

Akan tetapi mujurlah ada campur tangan daripada pihak berwajib yang melakukan penguatkuasaan supaya harga minyak masak dengan keberatan itu dibenarkan di bawah RM30 sahaja.

Terima kasih kerajaan. Cuma apa yang ingin saya nyatakan di sini, mengapa tiada pemantauan harga minyak sawit merah?

Harganya sangat mahal. Fakta yang saya sendiri peroleh, harga sebotol minyak sawit merah sebanyak 250 mililiter (ml) ialah RM30.

Macam tidak logik sahaja harganya. Persoalannya, apa alasan paling kukuh yang minyak sawit merah sebotol 250 ml sama dengan harga sebotol minyak masak lima kg?

Kalau harga minyak zaitun itu mungkin logik. Sebab memang harganya mahal (minyak yang buahnya disebut dalam al-Quran).

Tetapi ini minyak sawit merah yang bila dipanaskan pada suhu 1,000 darjah Celsius boleh bertukar menjadi minyak masak biasa.

Kenapa harganya mahal sangat, sedangkan buah kelapa sawit mudah didapati di Malaysia? Saya pun sebenarnya hairan apabila ­fikir, kenapa harga minyak sawit merah naik meroket? – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya