BDR: MEF sengaja bangkit isu remeh

BDR: MEF sengaja bangkit isu remeh

BEKERJA dengan fleksibiliti menjadi pilihan ramai pekerja berbanding hari bekerja lebih pendek dalam seminggu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya terbaca pandangan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan di sebuah portal berita yang mencadangkan agar pekerja yang memilih untuk bekerja dari rumah (BDR) wajar diberikan gaji lebih rendah, termasuk memotong elaun perjalanan.

Beliau mendakwa ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan BDR sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.

Persoalannya, adakah beliau lupa bahawa BDR juga menambah komitmen bayaran bulanan elektrik, air, internet malah ada pekerja yang terpaksa menyediakan ruang pejabat di rumah bagi keselesaan untuk bekerja? Ini semua tidak ditanggung oleh majikan.

Bagi saya, selagi mereka bekerja dengan baik dan produktiviti tidak menurun, apa salahnya? Kita sudah lebih dua tahun hidup dalam norma baharu dan baharu kali ini menjadi isu.
Banyak syarikat besar sudah lama mengamalkan budaya ini sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi, malah diteruskan sehingga hari ini dan tidak mendatangkan isu termasuk pejabat saya bekerja. Kami hanya diarah ke pejabat sekiranya mempunyai mesyuarat.

Bagi syarikat saya bekerja, amalan BDR akan diteruskan memandangkan pekerja dapat melaksanakan tugas dengan baik dan lebih cepat. Malah teknologi tanpa batasan membantu memudahkan segalanya.

Hasil kerja juga semakin baik kerana pekerja tidak keletihan menghadap kesesakan lalu lintas ketika waktu pergi dan balik pejabat selain dapat menguruskan anak-anak. Kehidupan saya lebih seimbang antara kerjaya dan keluarga.

Adakah MEF sudah ‘kekeringan’ kerja sehingga sengaja menimbulkan isu yang dianggap sangat remeh sebegini?

Setahu saya juga, banyak syarikat memilih untuk tidak meneruskan amalan BDR berdasarkan kesesakan jalan raya pada waktu pagi. Rata-rata pekerja sudah kembali ke pejabat. Jadi, tidak perlu membangkitkan isu ini yang hanya menimbulkan kemarahan rakyat.-UTUSAN

FITRI AHMAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.