fbpx

30 Jun 2022, 9:24 am

  TERKINI

Suka menunjuk-nunjuk kepintaran bukan orang bijak

ALBERT EINSTEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMUA orang sudah pasti mahu dikelilingi oleh orang bijak yang boleh membantu mereka dalam setiap kerja dilakukan.

Malangnya hanya orang bijak dapat mengenali mereka yang mempunyai kepandaian serupa, seperti pemuzik terkenal dapat mengenali antara satu sama lain apabila mendengar nada atau rentak yang dimainkan oleh pemuzik lain.

Dalam pada itu, orang kurang bijak biasanya tidak mempunyai keupayaan untuk mengenali orang pintar melainkan diberitahu. Berikut antara cara-cara mengenali orang pintar dan mereka yang kurang bijak.

Kebiasaannya orang bijak dapat menjelaskan sesuatu idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa dan istilah mudah serta ringkas. Kadangkala idea yang disampaikan itu terasa cukup indah dan anggun.

Antara tokoh yang mempunyai keupayaan sedemikian ialah ahli fizik, Albert Einstein yang dikenali menerusi teori relativiti.

Sementara itu, orang yang kurang bijak sering menggunakan ungkapan berbunyi hebat dan besar serta cuba menunjuk-nunjuk apa yang dicakapnya sebagai sesuatu yang rumit bagi menerangkan sesuatu idea yang sebenarnya mudah.

Jika anda sehingga kini masih keliru dan tidak faham apa yang mahu disampaikan walaupun ucapan terbabit berbunyi hebat, maka individu yang berucap itu bukanlah seorang yang bijak.

Orang bijak juga boleh meluahkan idea sangat bernas, asli dan unik berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya manakala orang kurang bijak hanya mengulangi apa yang mereka dengar daripada orang lain sehingga terdetik dalam hati kita, ungkapan itu seolah-olah pernah didengar sebelum ini.

Orang kurang bijak juga biasanya tidak menerima idea-idea orang lain yang bertentangan dengan mereka.

Orang pintar pula cenderung mencari persamaan yang wujud daripada idea-idea baharu dikemukakan oleh orang lain.

Seseorang yang tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada anda betapa pintarnya mereka sudah tentu bukan seorang yang bijak. – UTUSAN

AZIZ AHMAD, Segambut Luar, Kuala Lumpur

POPULAR

KOSMO! TERKINI