Risau ramai pekerja Bangladesh, Nepal

Risau ramai pekerja Bangladesh, Nepal

HANYA sektor pembuatan yang sudah mula menerima pekerja asing manakala sektor lain masih menunggu – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGAMBILAN baharu pekerja asing mulai bulan ini terutama dari Bangladesh dikhuatiri akan membawa masalah sosial melibatkan gadis Melayu berdasarkan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.

Jangan diturut sangat kemahuan pihak majikan yang hanya mahu untung cepat tetapi tidak memikirkan masalah moral yang akan melanda masyarakat akibat kebanjiran pekerja asing.

Tengoklah pusat-pusat pelacuran di sekitar Lembah Klang yang sukar dihapuskan walaupun banyak operasi dibuat oleh pihak berkuasa.

Selain pelanggan orang tempatan, pekerja asing dari pelbagai negara juga adalah pelanggan utama.

Dahulu media pernah melaporkan, dalam serbuan Jabatan Imigresen di kedai milik warga asing di lokasi ramai rakyat Bangladesh dan Nepal berkumpul setiap hari minggu, mereka menemukan bilik rahsia yang digunakan sebagai tempat persundalan.

Sedih apabila diberitakan perkara ini sudah melarat ke negeri-negeri lain termasuk di Pantai Timur.

Masalah moral berlaku kerana pekerja asing lelaki yang datang ke negara ini ada kehendak biologi.

Selain isu pelacuran, banyak kes lagi melibatkan lelaki Bangladesh dan Nepal berfoya-foya, bersekedudukan dan terlibat kes khalwat dengan gadis Melayu. Malah ada kes melibatkan isteri orang.

Perkara ini berisiko terjadi kerana pekerja asing lelaki bekerja satu tempat kerja dengan gadis tempatan, bebas bergaul.

Kemasukan pekerja asing hendaklah dibuat secara terkawal dan mereka ditempatkan di kediaman berasingan, yakni tidak bercampur gaul dengan penduduk tempatan.

Warga asing yang datang mencari rezeki secara sah dialu-alukan tetapi bagi yang membuat onar, tindakan perlu diambil untuk menunjukkan negara kita ada undang-undang. – UTUSAN

RAKYAT RISAU, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN