PN perlu kekal sebagai PN

PN perlu kekal sebagai PN

PERIKATAN Nasional (PN) boleh menjadi pesaing kepada parti politik Melayu tanpa perlu kerjasama di bawah khemah besar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendedahkan bahawa parti tersebut masih belum membuat sebarang keputusan berhubung idea gabungan beberapa parti atau khemah besar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Namun, beliau memaklumkan bahawa Pas dan Bersatu sebagai rakan akrab, rakan kongsi yang akan meneruskan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air menolak segala bentuk kemungkaran dan salah guna kuasa.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat selain memperbaiki imej negara yang tercalar dengan teruk sekali.

Bagi saya, PN patut kekal sebagai PN tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti lain kerana jelas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, PN berjaya menarik tambahan sokongan mengundi walaupun kalah secara keseluruhannya.

Ini bermakna PN masih mempunyai sokongan dan mungkin akan ada sokongan baharu dalam PRU15 dan sekali gus menjadi pesaing hebat kepada parti Melayu lain.

Mereka hanya perlu fokus untuk menguatkan jentera parti dan cuba memikat pengundi terutama golongan atas pagar.PN perlu kekal sebagai PN

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) agar tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang untuk PRU15.

Saya berharap PN tidak kembali bekerjasama dengan PH selepas sejarah 22 bulan mentadbir kerajaan. Percayalah, majoriti rakyat amat terkesan sepanjang tempoh itu dan tidak mahu kembali berada dalam era pentadbiran tersebut.-UTUSAN

FITRI AHMAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN