Pemasaran hartanah berkembang selari kemajuan teknologi

Pemasaran hartanah berkembang selari kemajuan teknologi

PANDEMIK Covid-19 menyebabkan ramai pemaju menggunakan platform teknologi AR dan VR dalam memasarkan produk hartanah. – GAMBAR INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TEKNOLOGI realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) semakin popular digunakan terutama semasa dilanda pandemik Covid-19 seperti permainan Pokemon Go. Malah kini penggunaan teknologi itu diperluaskan dalam industri pemasaran hartanah.

Dalam konteks pemasaran, AR melibatkan simulasi manakala teknologi VR yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran tersimulasi komputer sama ada persekitaran simulasi dunia sebenar atau persekitaran khayalan. Kebanyakan persekitaran VR terkini berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. VR biasanya digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti perisian CAD, persekitaran 3D, pemecutan perkakasan grafik dan visual resolusi tinggi.

Dari 2018 sehingga kini, ramai menggunakan platform tersebut untuk membeli rumah. Sebagai pembeli, keperluan untuk melihat rumah terlebih dahulu secara maya memberi gambaran awal sebelum melihat rumah secara fizikal.

Pandemik Covid -19 menyebabkan pemaju menggunakan platform tersebut dalam memasarkan produk hartanah. Pengguna boleh menggunakan platform tersebut melalui peranti pintar tanpa mengira lokasi dan masa.

Mereka dapat merasai pengalaman masuk ke rumah secara maya. Semasa pandemik, kekangan untuk bertemu secara bermuka sangat terhad. Penggunaan teknologi ini memberi ruang pada pembeli dan penjual untuk melakukan transaksi secara maya dan mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.

Penggunaan AR juga boleh digunakan semasa pelanggan datang ke ruang pameran ataupun unit sebenar dan mereka boleh membayangkan susunan perabot. Ini memberi mereka gambaran awal sebelum membeli sesebuah hartanah. Teknologi ini membantu menjimatkan tenaga, masa, jarak perjalanan dan risiko dalam membeli hartanah mereka.-UTUSAN

ADIBAH ARIF & NORUELIN HURI, Fakulti Senibina,Perancangan & Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya