Hairan tokoh akademik bantah gaji minimum - Utusan Malaysia

Hairan tokoh akademik bantah gaji minimum

indonesia
KERAJAAN perlu tegas laksana kenaikan gaji bagi mengelak tenaga kerja tempatan bekerja di luar negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin memberi pandangan tentang isu majikan yang dikatakan kedekut, iaitu gagal mengikut tahap gaji minimum sekarang sebanyak RM1,200 dan terbaharu RM1,500 bermula 1 Mei ini.

Jumlah itu adalah sedikit jika dibandingkan syor Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) supaya gaji minimum dinaikkan ke RM2,000 dan kemudiannya RM2,500 dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Saya berpandangan, kebergantungan terhadap pekerja asing yang boleh dibayar dengan gaji murah adalah punca pelaksanaan gaji minimum tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya mengikut jadual.

Di pihak pemerintah, kerajaan mendapat cukai levi dan pelbagai bayaran apabila pekerja asing masuk bekerja di sini.

Sebab itu kerajaan tidak membela kebajikan rakyat tempatan dengan cara setidak-tidaknya dibayar gaji minimum melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia bagi 2021 iaitu sebanyak RM2,208.

Dengan berterusannya dasar pengambilan pekerja asing, kadar pengangguran rakyat tempatan terus meningkat.

Maka jadilah fenomena miskin tegar, miskin bandar dan golongan berpendapatan rendah (B40).

Yang peliknya, ramai pula tokoh akademik kurang bersetuju dengan pelaksanaan gaji minimum walaupun masih jauh lagi dari paras PGK.

Majikan tidak seharusnya mengekalkan warga asing ini selama-lamanya dan bantulah rakyat sendiri mendapatkan na­fkah dengan menggaji mereka. – UTUSAN

ABDUL HAMID, Temerloh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya