SAUDARA PENGARANG,
PERANAN Komunikasi Korporat dilihat semakin penting pada era endemik. Ini selaras dengan keadaan bencana yang kerap melanda negara sejak akhir-akhir ini yang memerlukan pengamal komunikasi korporat bekerja lebih keras serta sentiasa siap siaga berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia dalam menangani krisis, bencana dan wabak mengikit keperluan organisasi.
Melaksanakan pelan yang sudah dibina dalam situasi krisis dan bencana menyebabkan para pengamal bekerja di bawah tekanan.
Fasa pandemik dan kini endamik merubah segala-galanya dengan pelbagai strategi perlu disusun bagi merancakkan semua ekonomi dan tanggungjawab komunikasi korporat dalam mengebahkkan kepada umum berkaitan tindakan dan rancangan organisasi. Sentimen positif setiap mesej yang disampaikan melalui media perlu diteliti supaya memberi imej baik kepada majikan.
Kempen melalui Digital PR dilakukan bagi membetulkan persepsi umum terhadap organisasi sekiranya organisasi atau majikan berada dalam keadaan yang tidak menentu secara pantas dan tepat.
Dalam masa sama peralihan teknologi digital IR 4.0 mengubah cara bekerja dan penguasaan teknologi berkenaan. Ini akan menjadikan pengamal berada selangkah di hadapan. Melangkah era digital memerlukan tatakelola kerja yang cekap dan dinamik.
Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menggariskan tiga perkara utama sebagai panduan kepada warga kerjanya. Ianya dijadikan panduan oleh warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Kini umat Islam di Malaysia sedang menjalani ibadah puasa dan sudah tentu unit komunikasi korporat juga turut merangka program di peringkat organisasi, membuat promosi dan pengisian melalui program-program untuk meningkatkan kebajikan kakitangan pada bulan yang mulia ini. – UTUSAN
YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya