Undang bahaya berniaga di persimpangan lampu isyarat - Utusan Malaysia

Undang bahaya berniaga di persimpangan lampu isyarat

PENIAGA mangga jeruk menjalankan perniagaan secara menegur pemandu yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. – UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Sejak kebelakangan ini trend menjaja di persimpangan lampu isyarat menjadi semakin menjadi-jadi. Budaya ini asalnya terdapat di negara jiran dan beberapa negara di rantau ASEAN.

Trend ini semakin menjadi-jadi sepanjang musim pandemik disebabkan faktor kewangan bagi meneruskan kehidupan. Walaubagaimanapun, berniaga cara ini sangat bahaya kerana boleh megundang risiko kemalangan selain mengganggu lalu lintas dan boleh disaman.

Oleh itu, lebih baik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil langkah seperti mempamerkan notis larangan menjaja di kawasan tertentu.

Bagi menyokong usaha murni peniaga untuk mencari rezeki, bolehlah pihak berwajib menyediakan satu kawasan khas di laluan jalan raya yang kurang sibuk dan sesuai untuk berniaga dengan konsep “stop, buy & go”. Ia seperti konsep pandu lalu yang dikhaskan kepada peniaga yang memiliki permit khas.

Selain itu, PBT juga boleh memperkenalkan konsep Food Bikers untuk perniagaan atau penjaja di lokasi tertentu selain memperbanyakkan lagi Car boot sales di kawasan lapang yang sesuai.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI, Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN