Terimalah kemenangan BN secara terbuka

Terimalah kemenangan BN secara terbuka

KERATAN akhbar Utusan Malaysia 19 Mac 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

EKORAN keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) apabila berjaya memenangi dua per tiga majoriti, ramai penganalisis politik dan orang ramai memberi pandangan masing-masing termasuklah Rizalman Hamid Kusnan yang menyuarakan pendapat dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk BN menang kerana berlaku pecah undi pada 19 Mac lalu.

Dalam artikel itu, Rizalman menyatakan tidak adil untuk mengatakan BN memenangi majoriti pengundi Johor kerana pada hakikatnya, mereka hanya mendapat 43.11 peratus undi popular.

Artikel itu juga menyebut, BN hanya mendapat faedah kerana berlaku perpecahan undi dan disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah, iaitu daripada 84.5 peratus pada 2018 kepada 54.9 peratus sahaja.

Memang ramai yang senada dengannya, namun bagi saya itu adalah pandangan biasa bagi seorang yang tidak memihak mahupun lebih cenderung kepada pihak atau parti lawan sedangkan kemenangan tetap kemenangan.

Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyebut suatu ketika dahulu bahawa menang adalah tetap menang walaupun berbeza satu undi.

Jadi, orang ramai diminta menerima sistem demokrasi dengan terbuka. Janganlah ada lagi pihak yang cuba menafikan kemenangan BN dalam PRN tersebut kerana ia sudah terbukti melalui undian penduduk Johor.

Terimalah sistem demokrasi yang sangat subur di bumi tercinta Malaysia dengan hati yang terbuka.-UTUSAN

DZANMUO, Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN