Rombak format STL jamin kesihatan pemain takraw

Rombak format STL jamin kesihatan pemain takraw

PERUBAHAN format dalam sukan sepak takraw perlu dilakukan selari dengan perubahan semasa agar sukan ini terus maju di pentas dunia. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang berukuran sama seperti badminton.

Bagi saya, temasya sukan sepak takraw seperti Kejohanan Emas Anuar Sepak Takraw (STL) memadai hanya bermain dua set kecuali dalam penentuan juara.

Ini bermaksud menang dua set, dapat dua mata penuh dan jika menang satu set, maka hanya satu mata diperoleh atau seri.

Hal ini akan menjimatkan masa dan menjamin kesihatan pemain sepanjang pertandingan. Kedua-dua ini adalah faktor penting dalam mengorak perubahan yang lebih baik dalam sukan negara.

Berdasar cadangan ini, setiap pemain wajib bergilir-gilir bertindak sebagai tekong, apit kanan dan apit kiri supaya mereka mahir pelbagai aksi sepak takraw. Ini dapat dilakukan sewaktu tiga kali balingan servis. Sementara masa membaling bola pula, tetapkan tidak melebihi 10 saat.

Dunia sekarang sudah jauh berubah, begitu juga dalam sukan yang memerlukan tindakan cepat dan tepat.-UTUSAN

BEKAS STAF UKM, Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya