Rakyat muak modal sama pembangkang

Rakyat muak modal sama pembangkang

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu membuktikan rakyat muak dengan cara pembangkang berpolitik. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor sudah melabuhkan tirainya pada 12 Mac lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) meraih dua pertiga atau 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di sini jelas propaganda yang dimainkan pembangkang terutama berkaitan isu rasuah gagal memberi kemenangan buat mereka, malah dilihat sebagai permainan politik tidak matang.

Bagi saya, pembangkang asyik menggunakan modal politik sama iaitu rasuah melibatkan beberapa pemimpin BN/UMNO sehingga rakyat menjadi muak. Lebih parah, bagaimana mereka boleh berhujah mengenai isu ini sedangkan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara juga tidaklah bersih.

Masih ingat bagaimana kes rasuah pembelian lot tanah dan banglo bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digugurkan? Begitu juga kegagalan menyelesaikan secara adil kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim serta pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mendatangkan kemarahan rakyat. Jadi, bagaimana parti yang terdiri daripada pemimpin ‘kotor’ boleh mempengaruhi rakyat untuk membenci pemimpin lain?

Tindakan pembangkang yang kerap memetik nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya menjadikan mereka lebih popular dan disukai rakyat.

Oleh itu, pembangkang perlu mencari cara lain untuk menjatuhkan BN.

Belajarlah daripada kesilapan dan jangan syok sendiri ketika berkempen dengan menjanjikan langit dan bintang. Berpada-pada berjanji kerana rakyat akan menuntut.-UTUSAN

FITRI AHMAD, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya