Pilih parti, utamakan rakyat, tunai janji

Pilih parti, utamakan rakyat, tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ESOK merupakan tarikh penting bagi rakyat dan pengundi di Johor sempena pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas beliau merasakan kerajaan negeri ketika itu hanya bergerak atas ihsan pembangkang.

Seramai 239 calon yang mewakili pelbagai parti disahkan bertanding dengan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional masing-masing meletakkan calon di kesemua 56 kerusi, Parti Pejuang Tanah Air (42), Pakatan Harapan (30), PKR (20) dan Bebas (16).

Sementara Ikatan Demokratik Malaysia (7), Parti Warisan Sabah (6), Parti Bangsa Malaysia (4) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia masing-masing satu.

Saya teruja untuk mengundi buat pertama kali secara fizikal di pusat pengundian setelah hampir tujuh kali mengundi secara pos dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini disebabkan bekerja.

Pun begitu, saya ingin menyentuh satu perkara dalam PRN kali ini iaitu pemilihan calon dan parti yang bertanding menyebabkan saya sebagai pengundi keliru dan buntu untuk memilih kerana hampir semua yang bertembung melibatkan orang Melayu. Ia jelas memperlihatkan tiada lagi penyatuan dalam kalangan orang Melayu.

Adakah ini bermakna tiada lagi penyatuan, muafakat dan persamaan sesama Melayu Islam?

Mahu sahaja saya memangkah calon parti yang sudah lama berbakti dan berkhidmat di kawasan ini. Namun, pada masa sama saya juga ingin memberi amaran atau nasihat agar mereka tidak mengulangi sikap buruk apabila berkuasa nanti. Mereka perlu mengutamakan rakyat dan menunaikan janji-janji.- UTUSAN

DZANMUO, Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN