Perlu bersih mulut walaupun rongak

Perlu bersih mulut walaupun rongak

WARGA TUA yang mempunyai masalah kesihatan gigi perlu diberi perhatian agar mereka dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WARGA emas yang mempunyai masalah kesihatan gigi perlu diberi perhatian agar mereka dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik dan selesa.

Mereka sukar untuk berkomunikasi berikutan berdepan masalah seperti sakit gigi atau mengalami ketidakselesaan pada bahagian mulut.

Oleh itu, mereka mudah bertindak di luar kawalan akibat daripada rasa tidak selesa atau sakit.

Ahli keluarga atau penjaga perlu mengetahui berus gigi yang disukai dan sesuai digunakan untuk warga tua ini sama ada jenis manual atau bermotor.

Memberus gigi adalah cara yang terbaik untuk membersihkan gigi dan tahi gigi agar kerosakan gigi dan radang gusi dapat dielakkan.

Pastikan berus gigi ditukar setiap tiga bulan atau bilamana telah mengembang atau tidak berfungsi sepenuhnya.

Kebersihan gigi palsu juga perlu diberi perhatian. Gigi palsu harus diberus menggunakan berus gigi palsu khas atau yang lembut.

Gigi palsu hendaklah direndam di dalam air atau bahan disinfeksi khas ketika tidak digunakan. Pastikan gigi dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berflorida.

Gunakan ubat gigi yang tidak berbuih sekiranya warga tua mengalami masalah meludah bagi mengelak daripada tertelan.

Galakkan meludah selepas memberus daripada berkumur-kumur. Mulut perlu dibersihkan walaupun warga tua tidak mempunyai gigi langsung.

Mulut perlu dibersihkan dengan menggunakan kain yang dibasahi separuh dengan air bersih atau ubat kumur. Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. NORMALIZA AB. MALIK & DR. AHMAD IZZAT AHMAD TAJJUDIN, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya