Amah Bangladesh tidak sesuai jaga kanak-kanak

Amah Bangladesh tidak sesuai jaga kanak-kanak

Kos amah Indonesia harus sepadan dengan kualiti kerja. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ADA sahaja usaha pihak majikan melobi supaya dibawa masuk lebih ramai pekerja warga Bangladesh ke negara ini. Hal ini jelas daripada beberapa kenyataan dan permohonan cadangan yang dibuat oleh persatuan majikan dan sektor keselamatan untuk kerajaan membenarkan pekerja asing dari tiga negara termasuk Bangladesh bekerja di negara ini.

Terbaharu. Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) mahu Kementerian Sumber Manusia mempercepatkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber.
Desakan ini difahamkan ekoran kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 dengan RM6,000 kos di pihak Malaysia manakala RM1,800 di pihak Indonesia seperti yang dimuktamadkan dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia.

Malah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim baru-baru ini menyatakan mesyuarat jemaah menteri pada 10 Disember 2021 sudah bersetuju supaya pengambilan pekerja asing warga Bangladesh adalah menerusi 275 agensi pekerjaan Bangladesh.

Bagi saya, usaha ini tidak sesuai memandangkan bahasa yang digunakan oleh warga Bangladesh terlalu berbeza dengan bahasa Melayu. Begitu juga dengan cara hidup, adat mahupun budaya.

Tanggungjawab sebagai pembantu rumah atau amah bukan sekadar mengemas rumah, cuci kain baju tetapi turut menjaga anak-anak majikan. Hal ini amat membimbangkan kerana pemikiran dan kelakuan kanak-kanak ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara pembantu rumah.

Jadi, fikirkanlah dengan semasak-masaknya mengenai perkara ini kerana ia sedikit sebanyak melibatkan jati diri Melayu.

Jika benar terlalu susah untuk dapatkan khidmat warga Indonesia, kenapa tidak mengambil pembantu rumah dari Thailand, Filipina atau Kemboja yang mempunyai ramai penduduk Muslim malah adat negara-negara tersebut tidak terlalu berbeza daripada Malaysia?

Tolonglah sedar, jumlah pekerja Bangladesh sudah terlajak ramai di negara ini. Diharap kerajaan dapat mengawal pengambilan pekerja dari negara tersebut bagi mengelak daripada masalah sosial yang mungkin disebabkan oleh pekerja negara itu.-UTUSAN

PEMERHATI, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN