Vaksin: Risau rakyat turun ke jalan

Vaksin: Risau rakyat turun ke jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AGAK mengelirukan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar pada 7 Februari lalu. Ini kerana sebelum ini, beliau menyatakan seseorang itu lengkap status vaksinasi apabila mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19, namun kini lain pula.

Tinjauan maklum balas yang ditinggalkan netizen di media sosial kebanyakannya menyuarakan rasa amarah terhadap kenyataan tersebut yang menganggap beliau suka bercakap berbelit-belit kerana tanggapan mereka sebelum ini ialah pengambilan dos penggalak dilakukan secara sukarela. Kami rasa teraniaya dengan kenyataan tersebut.

Kerisauan rakyat meningkat selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan hampir 30,000 aduan diterima berkaitan kesan selepas menerima suntikan vaksin termasuk dos penggalak.

Ini menunjukkan langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan sebenarnya memberi kesan risiko terhadap kesihatan rakyat dan ia tidak boleh dipandang ringan. Ahli keluarga kami turut mengalami nasib serupa selepas mengambil dos penggalak.

Bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata, dalam demokrasi yang dijamin perlembagaan, tiada sesiapa pun di negara ini diberi kuasa untuk memaksa rakyat menerima sesuatu yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan mereka (rakyat).

Rakyat kali ini dilihat seperti sudah hilang kepercayaan kepada Menteri Kesihatan serta tidak lagi takut terhadap ugutan atau gertakan beliau. Ini kerana tindakan beliau seolah-olah menzalimi rakyat serta melakukan diskriminasi yang nyata terhadap mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi.

Jangan sampai rakyat bangkit di jalanan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kerana suntikan vaksin mengundang banyak risiko kesihatan khususnya kepada penerima dos penggalak.- UTUSAN

RAKYAT TERANIAYA, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya