Soalan ramalan SPM guna kurikulum lama? - Utusan Malaysia

Soalan ramalan SPM guna kurikulum lama?

KANDUNGAN buku baharu subjek Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini terdapat laporan berita mengenai kemerosotan dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 diduduki penghujung tahun lalu yang menimbulkan kebimbangan banyak pihak terhadap prestasi sebenar calon peperiksaan tersebut yang akan bermula tidak lama lagi.

Dengan tempoh belajar bersemuka di sekolah tinggal beberapa minggu sahaja lagi, ibu bapa dan pelajar berharap yang terbaik untuk peperiksaan awam itu.

Isu yang saya ingin sentuh ini adalah berlainan tetapi boleh juga menyebabkan kemerosotan keputusan calon SPM 2021 nanti.

Saya seorang guru yang mengajar subjek Sejarah untuk tingkatan lima dan memberikan latihan-latihan menjawab soalan mata pelajaran itu kepada pelajar saya yang akan mengambil peperiksaan SPM 2021 tahun ini.

Saya juga sering bertukar-tukar soalan Sejarah SPM dengan rakan-rakan guru dari sekolah-sekolah lain.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya, terdapat kesilapan soalan ramalan subjek Sejarah untuk SPM yang disiarkan sesetengah akhbar apabila tajuk-tajuk untuk tingkatan empat dan tingkatan lima itu adalah daripada buku lama.

Sekarang buku Sejarah untuk tingkatan empat dan tingkatan lima mengguna pakai buku baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan tajuk-tajuknya adalah berlainan.

Bukan lagi tajuk-tajuk berkaitan penyebaran agama Islam, kerajaan Islam, Tamadun Rom, Tamadun Indus ataupun kehidupan di Eropah.

Di sini saya sertakan tajuk-tajuk Sejarah tingkatan empat dan tingkat lima KSSM yang baharu sebagai panduan semua pihak.

Semoga teguran saya dapat membantu pihak-pihak yang mengelolakan ruangan soalan ramalan di akhbar-akhbar terbabit untuk memperkemaskannya bagi manfaat semua.

ZAMRIHAL, Pontian, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya