Sedia hilang harta, orang disayangi

Sedia hilang harta, orang disayangi

harta
KITA memerlukan perlindungan insurans terhadap harta benda yang dimiliki termasuk kereta daripada bencana banjir. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui sejak akhir-akhir ini negara kita dilanda pelbagai bencana alam yang memusnahkan harta benda dan mengorbankan banyak nyawa.

Oleh yang demikian, sebagai persediaan untuk menghadapi bencana ini, kita disarankan sentiasa berwaspada dengan cuaca dan keadaan sekeliling, mempunyai simpanan peribadi untuk waktu kecemasan dan mendapatkan perlindungan insurans terhadap harta benda yang kita miliki.

Dalam pada itu, tiada siapa mengetahui dia atau ahli keluarga bakal mengalami kemalangan, kecelakaan atau apa sahaja dugaan dalam hidup.

Oleh yang demikian, persiapan rapi perlu dibuat sebagai langkah persediaan untuk menghadapi pelbagai ancaman atau ujian dalam kehidupan kita.

Tiada siapa mengharapkan untuk diuji dengan penyakit kritikal. Tiada siapa juga dapat menjangkakan dia akan menghidap penyakit seperti kanser, strok atau sebagainya.

Justeru, kita digalakkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Selain itu, sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, sesiapa sahaja berisiko tinggi untuk dijangkiti. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang positif, sudah semestinya perasaan panik dan risau akan dirasakan.

Pentingnya untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi pelbagai kemungkinan seperti memastikan alat-alat penjagaan diri sentiasa ada, stok makanan dan minuman untuk ahli keluarga ketika kuarantin sentiasa mencukupi dan keperluan harian lain juga lengkap.

Pemergian orang tersayang dalam sekelip mata akibat kemalangan, serangan jantung dan Covid-19 tidak dapat dielakkan. Kita semua berisiko untuk kehilangan orang yang kita sayang tanpa sebarang petanda.

Oleh itu, pentingnya kita untuk bersiap siaga menghadapi kehilangan tersebut bukan hanya dengan persiapan mental tetapi juga persediaan menjalani hari mendatang tanpa mereka di sisi. – UTUSAN

NURSYUHADA’ AB. WAHAB, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya