Pesta demokrasi anak muda Johor

Pesta demokrasi anak muda Johor

PARTI politik yang bertanding pada PRN Johor seharusnya memfokuskan kepada perancangan mereka untuk masa depan negeri dan rakyatnya. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA berpendapat, anak-anak muda seharusnya memanfaatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dengan sebaik-baiknya untuk memilih parti politik yang mempunyai visi masa depan yang menepati cita rasa mereka.

Parti-parti politik yang masuk bertanding seharusnya memfokuskan kepada perancangan mereka untuk negeri dan rakyat, khususnya anak muda yang merupakan pemimpin masa depan.

Mereka harus ‘menjual’ naratif yang substantif mengenai manfaat yang akan diterima oleh anak muda seperti membangunkan negeri supaya setanding Kuala Lumpur.

Naratif lain adalah menyediakan peluang pekerjaan bergaji tinggi, kemudahan memiliki rumah sendiri dan jaminan kesejahteraan kehidupan.

Rakyat Johor mahukan kemakmuran dan pembangunan. Anak muda Johor khususnya mahukan kehidupan mereka selesa, harga barangan berpatutan, ‘harga diri’ mereka terjaga dan kesejahteraan keluarga terjamin.

Kita tidak menolak kepentingan desakan anak muda yang mahukan sebuah kerajaan negeri yang bersih, antirasuah dan berintegriti. Itu adalah hasrat universal untuk semua orang.

UMNO sebagai contoh telah belajar kepentingan integriti dan urus tadbir yang baik adalah penting untuk meraih keyakinan daripada rakyat. UMNO membayarnya dengan harga yang mahal apabila tewas teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Justeru, pastikan PRN Johor ini menjadi pesta demokrasi di mana parti-parti yang bertanding akan mengetengahkan visi dan idea mereka bagi mewujudkan negeri yang stabil, makmur dan berkemajuan. Dalam hal demikian, kita harus menolak janji-janji bersifat retorik.

Calon-calon yang bertanding juga seharusnya diberikan peluang berdebat secara terbuka. Baharulah mudah visi dan idea mereka difahami dan dinilai. – UTUSAN

Fikir-fikirkanlah wahai anak-anak muda Bangsa Johor.

MOHD. KHATIM OTHMAN, Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya