Perlu lengkap ‘senjata’ pengguna sebelum beli-belah

Perlu lengkap ‘senjata’ pengguna sebelum beli-belah

PENGGUNA perlu bijak meneliti label dan mendapatkan maklumat sebelum membeli sesuatu produk.–UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP hari pengguna menghadapi masalah ketika membeli-belah atau dalam perkara berkaitan jual-beli. Jadi, sudah seharusnya pengguna dilengkapkan dengan ‘senjata’ untuk menghadapi masalah itu.

Masanya sudah tiba untuk pengguna diberi panduan serta bimbingan dalam urusan membeli-belah bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan iklan.

Persatuan pengguna, kelab perkhidmatan dan badan berkaitan seharusnya berusaha untuk menukar corak pemikiran serta tabiat pengguna yang dilihat amat mudah dipengaruhi oleh iklan.

Kerajaan pula mestilah menggubal undang-undang yang lebih berkesan bagi mengawal iklan daripada menunjukkan nilai-nilai palsu untuk mempengaruhi pengguna. Iklan-iklan mestilah menyampaikan sesuatu yang benar.

Ibu bapa dan golongan dewasa harus memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dalam hal ini agar tidak membazir.
Justeru, seseorang perlu menerapkan empat sikap dalam usaha menentang inflasi iaitu:

  • Mesti sedar peranan sebagai pengguna dan berusaha mengenal mutu barangan dan harganya.
  • Pengguna mesti bersikap tegas dalam urusan membeli-belah supaya wang yang dibelanjakan tidak sia-sia apabila membeli barangan tidak bermutu. Sikap boros juga harus dikawal lebih-lebih lagi dalam zaman inflasi ini.
  • Pengguna juga harus sedar tanggungjawab dalam bidang sosial dan mengambil berat terhadap sikap mereka agar tidak menyusahkan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Perlu mempunyai semangat perpaduan pengguna. Kerjasama yang baik dapat membantu membasmi inflasi.

Justeru, pengguna perlu bijak ketika berhadapan peniaga agar tidak ditipu mahupun ditindas. Oleh itu, pengguna harus pastikan sistem bayaran dan kadar bunga munasabah selain perjanjian yang adil.

Pengguna juga perlu ambil tahu mengenai sistem pemilikan kembali dan pastikan mendapat ruang untuk membuat pilihan sebelum membeli sesuatu barangan.

Dalam memastikan hak pengguna, maka kempen kesedaran perlu diadakan bagi memastikan pengguna lebih memahami dan peka mengenai penipuan dalam kalangan peniaga.

Pada masa sama, pihak penguat kuasa perlu teliti amalan salah dalam urusan sewa beli untuk melindungi pengguna dan jika perlu, kaji semula undang-undang sedia ada supaya lebih lengkap dan memberi kesan secara menyeluruh.-UTUSAN

BULBIR SINGH, bekas Presiden Persatuan Pengguna Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya