Pendekatan lahir belia sudah lapuk - Utusan Malaysia

Pendekatan lahir belia sudah lapuk

POPULASI belia berumur antara 15 hingga 30 tahun di negara ini adalah seramai 9.07 juta orang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

STATISTIK Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019 menunjukkan populasi belia berumur antara 15 hingga 30 tahun adalah seramai 9.07 juta dari keseluruhan 33.4 juta penduduk.

Belia adalah aset penting kepada agama dan negara yang memainkan peranan dalam membantu meningkatkan kemakmuran ekonomi, keselamatan, pertubuhan sukarela, pelancongan, pertanian, sukan dan pelbagai bidang lain.

Pendekatan holistik yang menggabungkan aspek keimanan dan akhlak, intelek, emosi dan jasmani mampu melahirkan belia yang boleh menjadi pemain global dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif bagi menangani cabaran negara serta arus dunia tanpa sempadan hari ini.

Perancangan bagi melahirkan belia secara holistik pada masa ini tidak boleh dijalankan secara sambil lewa demi memenuhi KPI tahunan semata-mata.

Pendekatan lapuk walaupun berjaya melahirkan ramai tokoh belia perlu dinilai semula secara berterusan kerana perancangan belia pada masa kini begitu sensitif dengan perubahan orientasi dalam sesebuah masyarakat.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang mahu bergelar juara perlu lebih sensitif serta proaktif dalam melaksanakan program perancangan.

Penglibatan semua pihak perlu digembleng secara holistik dan telus tanpa ada agenda tersembunyi. Ia tidak terbatas kepada disiplin, ilmu dan pemantapan kemahiran tetapi meliputi aspek pembangunan minda, rohani, sahsiah dan etika. Sekali lagi, aspek keinsanan yang perlu dibina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dukungan moral menjadi keutamaan.

Akhir sekali, selamat datang permata (belia) sebagai pengundi baharu. Tunaikan amanah anda dengan penuh tanggungjawab.

MOHAMMAD NOORIZZUDDIN NOOH, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya