Pas berdepan ujian getir PRU15 - Utusan Malaysia

Pas berdepan ujian getir PRU15

MUTAKHIR ini UMNO dilihat lebih selesa untuk bergerak solo. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SITUASI politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan terbentuknya perpaduan politik Melayu-Islam khususnya antara UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, di sebalik kerjasama politik yang berlaku, Pas turut menjalin hubungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membentuk Perikatan Nasional (PN).

Penubuhan kerajaan PN agak kurang stabil berikutan keengganan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk menyertai gabungan itu secara rasmi.

Mutakhir ini, UMNO dilihat lebih selesa untuk bergerak solo. Beberapa pemimpin UMNO juga berulang kali meluahkan keyakinan bahawa mereka tidak perlukan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kerjasama politik yang goyah khususnya melibatkan UMNO dan Bersatu turut memberikan imej yang negatif terhadap Pas meskipun parti itu tidak terlibat dalam sebarang bentuk perebutan jawatan dalam kerajaan.

Pas harus berhati-hati dengan percaturan politik yang sedang dirangka oleh rakan gabungan lain di dalam PN.

Pemimpin Pas perlu mempunyai pendirian yang tetap dan konsisten dalam menghadapi sebarang krisis perebutan kuasa yang sedang berlaku.

Langkah itu mampu untuk meningkatkan imej Pas sebagai parti yang bermaruah dan berprinsip.

Perbalahan dalam PN ekoran tindakan UMNO mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tiada bezanya dengan apa yang dilalui oleh PH.

Ia memualkan untuk diikuti oleh rakyat yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah ekoran ancaman pandemik Covid-19. Dalam isu ini, sudah pasti rakyat akan turut menyerang Pas.

DR. ILYAS ABDULLAH, UiTM Pahang Kampus Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya