Mudahnya Pas berkata-kata - Utusan Malaysia

Mudahnya Pas berkata-kata

TINDAKAN Pas yang masih mengharapkan kerjasama dengan UMNO tetapi pada masa sama memilih Perikatan Nasional (PN) menyebabkan parti itu hilang kepercayaan pengundi.– UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang mengesa ahli UMNO dan Pas menghentikan perang saraf antara satu sama lain ekoran dilihat makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini hanyalah semata-mata untuk menutup kelemahan Pas yang menerima tamparan hebat daripada rakyat.

Ini kerana rakyat semakin muak dengan sikap Pas yang sehingga kini tiada ketetapan dalam perjalanan politik.

Sikap parti Islam itu yang gemar bermain dua kolam menyebabkan pengundi hilang kepercayaan dan memilih untuk berada atas pagar atau memilih parti lain.

Pas masih tetap mahu bekerjasama dengan UMNO tetapi pada masa sama enggan lepaskan Perikatan Nasional (PN), sedangkan mereka tahu prinsip UMNO yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya juga menyebut, walaupun UMNO-Pas berbeza haluan politik dan platform ketika pilihan raya, namun selagi kedua-duanya masih dalam persepakatan, maka persahabatan dan persaudaraan itu perlu dijaga.

Mudahlah bagi mereka untuk berkata demikian kerana tidak rasa dipermainkan seperti UMNO. Nasib baik UMNO kekal berprinsip dan sentiasa konsisten dalam membuat kenyataan selain tidak mudah ‘dimakan’ dengan kata-kata ataupun pujuk rayu.

Jika terus begini, lebih baik UMNO kekal berdiri sendiri. Lagipun parti keramat itu berjaya membuktikan kejayaan dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa kerjasama Pas. Saya yakin mereka juga mampu memahat kejayaan besar di PRN Johor nanti.

Saya juga yakin dengan kekuatan yang ada pada UMNO serta sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi, UMNO/Barisan Nasional (BN) boleh kembali menjadi kerajaan, namun pastikan pentadbiran dilaksanakan dengan bersih dan telus kerana rakyat menilai setiap tindak-tanduk yang diambil.

UMNO perlu lakukan pembersihan parti dengan memastikan hanya mereka yang layak dan bersih berada dalam pentadbiran. Elakkan mereka yang ada sejarah buruk untuk menerajui parti. Jika terus mengangkat mereka yang mempunyai rekod buruk, dikhuatiri akan menjejaskan sokongan rakyat. – UTUSAN

NAZ KHALID, Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya