Kutipan cukai penting untuk pembangunan - Utusan Malaysia

Kutipan cukai penting untuk pembangunan

KUTIPAN cukai daripada pelbagai sumber yang meningkat membantu daerah Temerloh mencapai kemajuan dalam tempoh 25 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK 25 tahun lalu semasa Temerloh dinaik taraf daripada Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran (MPT), ia hanya memiliki kira-kira 100,000 penduduk dengan jumlah kutipan hasil dan cukai tahunan kira-kira RM11 juta setahun. Taman perumahan yang wujud pula kira-kira 100 buah dengan kemudahan asas minimum.

Walaupun proses pembangunan tidak terlalu pantas, namun masih terus membangun lebih-lebih lagi adanya jalan dua lorong Mentakab-Temerloh sepanjang 16 kilometer, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), hospital baharu dan lain-lain yang memberi kesan besar kepada pembangunan di kawasan itu.

Kini jumlah penduduk sudah hampir 200,000 orang, manakala jumlah kutipan hasil daripada pelbagai sumber, lesen dan lain-lain mencatatkan anggaran RM4O juta setahun. Begitu juga penambahan taman perumahan yang mencecah 130 buah. Tahniah MPT.

Semua hasil cukai yang dikutip adalah untuk perbelanjaan pengurusan lebih 300 pegawai dan kakitangan dan selebihnya untuk pembangunan di dalam kawasan pentadbiran.

Oleh itu, bayaran cukai daripada penduduk amat penting untuk menaik taraf segala kemudahan dan keceriaan.

Lebih 95 peratus sumber hasil perlu diusaha sendiri oleh MPT untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan. Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan hanya memberi grant tahunan yang jumlahnya amat kecil kerana di seluruh negara terdapat lebih 100 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang turut memerlukan bantuan kerajaan Pusat.

Apabila projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) siap nanti dan memulakan operasi pada 2027 serta adanya stesen ECRL yang agak besar dan penting di bandar Mentakab, pasti akan lebih merancakkan lagi pembangunan bandar dan daerah Temerloh di bawah pentadbiran MPT.

CICIT AKI BAJI, Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya