Kembara di Bumi Allah: Buku tentang kemajmukan masyarakat dunia

Kembara di Bumi Allah: Buku tentang kemajmukan masyarakat dunia

buku
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG.

PUJANGGA ada menyatakan, alam itu guru yang berguna. Bersesuaian dengan madah pujangga itu, saya menulis buku kembara ke pelbagai negara sebagai satu paparan pengetahuan dan pengalaman hasil kembara saya itu. Buku saya berjudul Kembara di Bumi Allah.

Antara negara yang dilawati ialah Britain, Perancis, Belgium, Belanda, Korea Selatan, Turki, New Zealand dan Vietnam.

Setiap negara punya keunikan tersendiri dan wajar dikongsikan dengan khalayak pembaca. Turki terkenal dengan warisan sejarah Islam dan Korea Selatan terkenal dengan warisan sejarah Dinasti Joseon dan budaya kerja yang positif.

Perancis dengan Menara Eiffel, Belanda dengan kincir angin dan New Zealand dengan fiord (teluk yang kecil serta bertebing tinggi).

Lebih menarik perhatian, keindahan alam juga pelbagai adat resam yang berbeza, tingkah laku bervariasi dan wujudnya masyarakat majmuk seperti di negara kita.

Kebebasan beragama juga diamalkan. Siapa sangka, Perancis, Britain dan Belgium, kini mempunyai penduduk Islam yang ramai. Mereka mampu hidup dalam suasana aman harmoni di tengah-tengah masyarakat Barat.

Kita sering dimomokkan tentang serangan terhadap orang Islam, Islamofobia, diskriminasi sosial dan pelbagai situasi yang boleh menggusarkan hati kita. Tetapi berada di negara berkenaan, keadaan tidak seburuk mana.

Nabi Muhammad SAW ada menyeru kita supaya menuntut ilmu hingga ke China. Dalam konteks yang lebih luas, kembara juga satu jambatan atau wadah mendapat ilmu. Alam yang terbentang untuk kita teroka, boleh juga melalui membaca.

Maka catatan dalam buku setebal 145 muka surat dan sarat mengandungi foto warna, wajar dimiliki sesiapa juga. Hubungi penulis di e-mel [email protected]. – UTUSAN

MUSTAFFA SIRAJ, Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya