Keliru sikap Syed Saddiq

Keliru sikap Syed Saddiq

TANGKAP layar video tular berhubung luahan anak muda bernama Mohd. Rafi yang mempertikaikan keutamaan perjuangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TULAR di media sosial berhubung kemarahan seorang ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terhadap presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Mohd. Rafi­ meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Syed Saddiq menjalin kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai rakan strategik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

“Saya sebagai anak muda, saya tak mementingkan keutamaan untuk menang atau kalah tapi apa yang memberi manfaat kepada anak muda.

“Okay, andai YB (Yang Berhormat) dalam keadaan hampir kalah, sanggup YB menipu, U turn. Saya kat sini, anak muda keliru sama ada fakta itu benar atau tidak tapi YB pentingkan kemenangan.

“Saya rasa sukar untuk anak muda percaya lagi kat YB macam ni sebab YB lebih mementingkan kemenangan bukannya untuk fight untuk anak muda,” luah Mohd. Rafi­ dalam video itu.

Inilah yang terjadi jika ahli politik lebih utamakan kuasa sedangkan tujuan asalanya untuk membantu anak muda dilupakan terus.

Syed Saddiq amat disukai ketika awal penglibatannya dalam politik tetapi semakin hari nampak mempunyai agenda sendiri.

Rakyat semakin bijak dan disebabkan satu langkah yang salah, rakyat akan menolak anda ketika mengundi nanti. Berpada-padalah dalam setiap tindakan. Jangan hanya kerana kuasa, nama, wang, sanggup gadaikan harapan anak muda yang mengharapkan anda membawa perubahan besar.-UTUSAN

ANAK MUDA MUAR, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya