Bebas rasuah belum cukup ‘bersih’ secara menyeluruh - Utusan Malaysia

Bebas rasuah belum cukup ‘bersih’ secara menyeluruh

TIBA masa pentadbiran negara mewarisi sikap dan mencontohi para nabi, rasul dan sahabat dalam pembangunan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

KEINGINAN untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar bersih daripada sebarang aktiviti salah laku amatlah baik dan dialu-alukan. Namun, adakah bersih yang diinginkan hanya sekadar bebas rasuah dan penyelewengan semata-mata? Jika itu sahaja alasannya, maka negara tidak benar-benar bersih kerana ia tidak secara menyeluruh.

Sebagaimana sedia maklum, negara yang baik itu meliputi semua aspek dan sudah tentulah memerlukan barisan pemimpin yang mempunyai daya tahan serta benar-benar berintegriti dan memiliki akhlak baik.

Bagi saya, mana-mana pemimpin yang terlibat dengan kes mahkamah sama ada bersalah atau tidak adalah tidak wajar sama sekali diberi sokongan apatah lagi yang telah keluar masuk penjara.

Sekiranya masih memberi sokongan, ini bermakna kita tidak memberi pengajaran kepada mereka yang bertindak melakukan kesalahan kerana setiap pemimpin itu sepatunya wajib memberi contoh teladan terbaik dalam segala aspek kehidupan. 

Kita sering kali mendengar dalam ceramah agama yang berkaitan dengan perjalanan hidup para nabi, rasul mahupun sahabat yang patut dicontohi. Mereka ini juga dalam kalangan yang memiliki sifat terbaik dan berwibawa dalam kepimpinan.

Janganlah membiarkan dunia kepimpinan negara berserabut dengan sikap atau tingkah laku yang bercanggah dengan kemulian ajaran Islam. Natijahnya nanti akan dirasai kemudian hari.

Kita juga tidak mahu generasi muda hari ini dan akan datang mempraktikkan budaya tidak sihat dalam jiwa dan pentadbiran negara suatu hari nanti.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya