Banyakkan minum air kosong pada musim panas

Banyakkan minum air kosong pada musim panas

“Kakak sudah siapkan kerja sekolah?,”. Kan tertib bunyinya. Bukannya kau dan aku yang sesuai larasnya sebagai penggunaan bahasa dengan kawan-kawan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MALAYSIA kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut, sekali gus menyebabkan fenomena peningkatan suhu mendadak yang dijangka berterusan sehingga April nanti.

Sebelum ini, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz memberitahu, Kedah kini berada di fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu secara amnya negeri di bahagian utara Semenanjung mengalami sedikit kering. Dan suhu maksimum harian dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

Fenomena ini tidak pelik ekoran ia berlaku pada setiap tahun sepanjang Januari hingga April. Pun begitu, masih ramai tidak peka terhadap perubahan cuaca sehingga memberi kesan kepada kesihatan dan boleh menyebabkan maut akibat strok haba.

Oleh itu, orang ramai perlu peka terhadap perubahan kesihatan diri dan ahli keluarga terutama kanak-kanak dan golongan berisiko.

Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom seperti sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot atau kekejangan, mual dan muntah.

Elakkan ke tempat terbuka ketika musim panas ini, namun sekiranya terpaksa juga ekoran bekerja, dinasihatkan memakai pakaian yang selesa serta longgar, gunakan kipas untuk sejukkan badan dan pastikan kerap minum air bagi mengelak dehidrasi.

Bagi yang gemar aktiviti lasak, disaran menangguhkan aktiviti tersebut disebabkan cuaca panas atau sebaiknya melakukan pada sebelah pagi atau malam.

Ketika musim panas, risiko terkena strok haba adalah tinggi. Justeru, ibu bapa perlu sedar hal ini boleh terjadi walaupun anakanak hanya berada dalam rumah atau bilik tidur.

Jadi, pastikan rumah mempunyai aliran udara yang baik dan memasang kipas angin atau penyaman udara kerana ia mampu menurunkan risiko kematian bayi atau kanakkanak secara mengejut sebanyak 72 peratus.

Pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya agar keluarga kekal terlindung daripada panas matahari.-UTUSAN

NAZ KHALID, Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya