Banjir dedah sisi gelap rakyat - Utusan Malaysia

Banjir dedah sisi gelap rakyat

SIFAT pemurah adalah digalakkan kepada semua manusia tetapi kita perlu ikhlas dalam setiap pemberian. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAKYAT Malaysia memang terkenal dengan sifat suka membantu walaupun insan yang ditolong mereka tidak kenali. Ia terbukti ketika Lembah Klang mengalami banjir sangat dahsyat yang dikatakan terburuk pernah berlaku dalam tempoh 100 tahun.

Kejadian itu menunjukkan sifat sebenar rakyat, di mana sifat toleransi dan bantu membantu sentiasa ada dalam diri mereka. Bencana alam terbabit membuktikan rakyat Malaysia sebenarnya tidak melihat warna kulit mahupun pegangan agama untuk membantu.

Bukan sahaja bantuan wang ringgit, mereka juga menderma barangan seperti makanan kering, pakaian, tilam, khemah dan banyak lagi.

Akan tetapi, banyak juga kisah tidak enak yang kita dengar berhubung pemberian bantuan ini. Ini termasuk baju-baju terpakai yang didermakan sudah rosak dan lusuh seolah-olah pusat kutipan derma untuk mangsa banjir menjadi tong sampah bagi membuang barangan tidak berguna.

Ini bermakna ada segelintir rakyat yang menganggap mangsa banjir adalah pengemis yang sanggup menerima apa sahaja diberikan.

Ada juga berita kita dengar di mana wang derma daripada rakyat dipecah amanah oleh segelintir pihak yang tamak haloba dan menggunakan duit tersebut bagi kegunaan sendiri dan bukan untuk mangsa banjir.

Sifat pemurah adalah digalakkan kepada semua manusia tetapi kita perlulah ikhlas dalam setiap pemberian kerana setiap derma dan sedekah akan disoal di akhirat kelak.

Mungkin yang memberikan barangan rosak dan lusuh itu sekadar suka-suka tetapi bagi mangsa bencana kesusahan, ia bukan satu gurauan.

Apa perasaan anda jika menjadi mangsa banjir dan penderma memberikan barangan rosak dan lusuh? Tentulah hati anda hancur.

FIERDAUZ JAUDIN, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya