Sumpah laknat dapat bendung salah laku - Utusan Malaysia

Sumpah laknat dapat bendung salah laku

PELAN Antirasuah Nasional 2019-2023 boleh ditambah baik melalui aku janji dan berlandaskan ajaran Islam dalam usaha menoktahkan budaya tidak sihat di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENYENTUH masalah rasuah, penyelewengan dan juga sebarang salah laku yang heboh diperkatakan melibatkan barisan kepimpinan kerajaan, ahli politik dan juga  kakitangan awam amat merisaukan.

Malah masalah ini seolah tiada penyelesaian memandangkan semakin hari, semakin banyak salah laku berjaya diselongkar oleh pihak berwajib.

Bagaimana rakyat mahu mempercayai golongan tersebut sedangkan mereka yang diamanahkan untuk memikul tanggungjawab gagal melaksanakan tugas dengan baik dengan mengkhianati perjanjian yang ditandatangani? 

Jadi, satu tindakan tegas dan tidak berkompromi perlu segera diambil dalam usaha mengekang perkara ini daripada terus menjadi budaya dalam kalangan kakitangan awam, swasta, ahli politik mahupun golongan profesional.

Pada pandangan saya, untuk menghakis dan menoktahkan sebarang salah laku tersebut hanya melalui dua cara iaitu melalui aku janji dengan bersumpah laknat. Ia perlu dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira jawatan dan sektor.

Kedua, perjalanan politik di negara ini perlu kembali berlandaskan Islam, selain mereka perlu bersikap matang dalam mengambil sebarang keputusan.

Kedua-dua saranan ini berdasarkan kepada keperluan semasa yang wajar menjadi pegangag dalam menuju keredaan Allah SWT demi menjamin kebaikan bukan sahaja untuk  rakyat tetapi kemajuan negara.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya