SMART-kan azam anda - Utusan Malaysia

SMART-kan azam anda

GUNAKAN strategi SMART dalam memastikan azam tahun ini tercapai. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AZAM merupakan satu kemahuan, keinginan atau cita-cita yang ingin dicapai oleh seseorang dengan bersungguh-sungguh dalam tempoh setahun. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum matlamat atau azam ditetapkan. Di antaranya adalah penetapan matlamat yang jelas dan khusus. 

Bagi memastikan azam tersebut dapat dicapai, individu perlu merangka pelan strategik serta bersedia untuk menghadapi sebarang risiko yang mengakibatkan ketidakcapaian azam yang ditetapkan. 

Strategi Smart boleh gunapakai dalam memastikan setiap individu dapat merangka azam dengan baik iaitu S (Specific) – Senaraikan azam yang ingin dicapai dan ianya mestilah spesifik atau khusus. M (Measurable) – setiap azam perlu boleh diukur. A (Attainable) – setiap azam mestilah boleh dicapai dan bukannya diluar kawalan seseorang. (R) realistik dan bukannya drastik dan perlu mengikut tempoh (T) masa yang ditetapkan. 

Individu yang tidak mengambil kira potensi diri boleh menyebabkan stres dalam percubaan untuk menjadi idealistik berbanding diri mereka yang sebenar. Kesan stres atau kebimbangan boleh mengundang masalah tekanan dan perasaan yang seterusnya menyebabkan seseorang hilang fokus dan motivasi. 

Selain itu, apabila seseorang itu tidak dapat mengimbangi antara pekerjaan dan kehidupan, dia akan kehilangan fokus. Ketidakseimbangan ini memberi kesan kepada faktor masa dan sumber kewangan. 

Oleh itu, pentingnya individu mengetahui tujuan dalam  penetapan matlamat atau azam kerana ia dapat membangkitkan semangat untuk menjadi lebih baik. 

Dalam masa sama hindari daripada memikirkan perkara negatif yang terlampau sebaliknya melihat positif setiap cabaran.

Rehat yang mencukupi serta pemakanan seimbang dan sihat turut membantu dalam mendapatkan tubuh badan sihat agar terus bersemangat untuk menempuhi kehidupan seharian.

Paling utama, beri hadiah kepada diri sebagai penggalak untuk terus mencapai azam. Setiap langkah yang diambil untuk mencapai azam walaupun kecil merupakan satu kemajuan.

Justeru, anda perlu refleksi diri agar bukan sahaja dapat merancang dan menambah baik tetapi membantu peningkatan prestasi diri. Sekiranya menghadapi isu atau cabaran, bincangkan dengan sistem sokongan  yang boleh membantu memotivasi dan menyelesaikan masalah. Akhir kata, hargai diri dan pantau kemajuan diri. 

AZMAWATY MOHAMAD NOR, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya