SAUDARA PENGARANG,
KESALAHAN melanggar lampu isyarat sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan penunggang motosikal.
Mereka menganggap lampu isyarat hanya sekadar tiang yang tidak bermakna, malah memecut dengan lebih laju ketika lampu isyarat bertukar merah.
Sikap begini secara tidak langsung membahayakan pengguna jalan raya yang datang dari arah lain selain terpaksa lebih berjaga-jaga kerana takut terlanggar penunggang motosikal.
Sementara penghantar makanan pula lebih teruk cara tunggangan mereka. Selain menunggang laju, mereka mereka acap kali melintas di persimpangan jalan sambil melihat pada skrin telefon.
Ingatlah pesanan ini, jika sudah tidak sayang nyawa sendiri, ingatlah kepada tanggungan dan orang tersayang di rumah.
Pihak berkuasa diminta tegas dalam isu ini bukan sahaja dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan tetapi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan.
PEMERHATI, Kuala Lumpur