Pelindung muka sudah cukup - Utusan Malaysia

Pelindung muka sudah cukup

MEMAKAI pelindung muka ketika mengacara sesebuah program televisyen memberi lebih kepuasan kepada penonton. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

SAYA terpanggil untuk membangkitkan isu pengacara televisyen yang memakai pelitup muka ketika siaran secara langsung ataupun rakaman.

Bagi pendapat saya, adalah lebih baik mereka hanya pakai pelindung muka (face shield) berbanding pelitup muka kerana penonton dapat melihat pergerakan bibir, suara lebih jelas sekali gus memberi kepuasan ketika menonton sesebuah rancangan.

Ini bagi memastikan penonton terutama warga emas dapat menangkap perkataan yang disebut pengacara dan akan membantu mereka memahami kupasan sesuatu topik.

Walaupun negara masih lagi diuji penularan pandemik Covid-19 dan saya juga memahami mengapa penerbit menyarankan pengacara memakai pelitup muka ketika bersiaran, namun saya percaya produksi penerbitan mengambil langkah dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) termasuk menjaga penjarakan fizikal.

Saya berharap pihak produksi terutama penerbit melihat perkara ini dalam sudut positif dan semoga ia memberi manfaat kepada penonton. Saya percaya majoriti penonton akan bersetuju dengan pandangan ini kerana ia memberi kebaikan dan kepuasan ketika menonton  rancangan televisyen.

CH SYAM, Seremban

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya