Komen melulu boleh jatuh fitnah - Utusan Malaysia

Komen melulu boleh jatuh fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas satu artikel di ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk Jangan guna agama alih tumpuan pada 15 Januari lalu.

Artikel tersebut mempertikaikan tindakan seorang pemimpin kanan Pas yang mengecam media massa kerana menyebarkan berita mengenai individu yang disyaki bersalah (merujuk Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki) sedangkan kes tersebut masih belum dibicarakan di mahkamah.

Untuk pengetahuan semua, kenyataan pemimpin kanan Pas tersebut menepati prinsip kejadian manusia itu sendiri.

Jadi, mana-mana pihak bukan Islam yang tidak mengetahui atau mengerti tentang kedudukan Islam diminta tidak sama sekali membuat ulasan dan tafsiran secara sewenang-wenangnya.

Dalam perjalanan kehidupan, Islam menyentuh semua perkara sama ada besar atau kecil, yang boleh dilihat atau tidak. Islam bukan ciptaan manusia dan ia tidak sama dengan agama lain di muka bumi ini.

Semua kejadian di alam ini berdasarkan roh Islam. Jadi, saya berharap penulis memahami dan cuba mempelajari maksud isi kandungan al-Quran sekiranya berminat atau sebelum memberi sebarang pandangan.

Dalam kes melibatkan Azam, banyak pihak membuat pandangan dan kenyataan sehingga wujud stigma seolah-olah beliau bersalah sedangkan masih belum diputuskan dalam mana-mana perbicaraan di mahkamah.

Jadi, kita dapat lihat perlunya aktiviti memberi pandangan sebelum disabitkan kesalahan dihentikan dan dibendung kerana ia boleh mendatangkan fitnah.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya