UMNO, PKR mustahil jalin kerjasama politik - Utusan Malaysia

UMNO, PKR mustahil jalin kerjasama politik

SANGGUPKAH PKR melepaskan DAP demi sebuah kerjasama politik yang ditawarkan UMNO?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung cadangan supaya UMNO menjalinkan kerjasama dengan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). Mohamed Nazri turut menyatakan kerjasama politik UMNO boleh dibuka secara meluas, namun dengan syarat kedua-dua parti itu perlu tinggalkan DAP.

Cadangan tersebut selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, parti itu harus membuka ruang politik lebih luas berikutan tidak ikhlas yang berlaku dalam Muafakat Nasional (MN).

Ahmad Zahid juga berkata, suatu pembaharuan perlu dibuat kerana realiti dan landskap politik telah berubah, maka UMNO perlu terus menjadi parti relevan yang diterajui orang Melayu.

Pada pendapat saya, kerjasama sedemikian dilihat amat sukar direalisasi tanpa sebarang perjanjian tertentu antara tiga parti berkenaan. Justeru, adalah lebih baik sekiranya UMNO bersikap tolak ansur atau berbesar hati dengan kembali meneruskan kerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah bumbung Perikatan Nasional (PN).

Lagipun, umum mengetahui adanya wakil rakyat berbangsa Cina dan India dalam PKR. Jadi, sudah tentu mereka kurang setuju dengan syarat meninggalkan DAP sekiranya mahu menjalin kerjasama. Hal ini memungkinkan PKR tidak duduk diam sebaliknya akan meletak syarat lain agar membawa DAP bersama.

Saya tidak nampak langsung kerjasama ini akan menjadi terlalu mudah untuk direalisasikan. Di samping itu mungkin juga terdapat masalah bersifat halangan yang sukar mencapai kata sepakat.
Sekiranya UMNO tidak kembali berkuasa dan menerajui pemerintahan negara, apakah UMNO akan mendapat mudah kuasa dua pertiga memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini?

Perjuangan UMNO selari dengan kerajaan Pusat. Begitu juga PN, tetapi UMNO lebih baik.

Akhir sekali, walau apa pun, pemimpin perlu mengutamakan perjuangan bangsa dan agama agar mendapat berkat dan dirahmati.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya