Rakyat wira tidak didendang - Utusan Malaysia %

Rakyat wira tidak didendang

SYABAS kepada semua sukarelawan, NGO dan individu yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETELAH dikejutkan dengan serangan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu dan kita masih lagi bergelut dengan virus itu yang belum dapat diatasi sepenuhnya, sekarang ditimpa pula bencana banjir.

Ketika dilanda bencana, seluruh rakyat membuktikan mereka berpegang kepada nilai perpaduan apabila mengambil tindakan dan inisiatif sendiri bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Bantuan itu sama seperti dihulurkan kepada keluarga yang mengibarkan kain atau bendera putih sebelum ini setelah kehabisan bekalan makanan.

Di sini tidak perlu dibincangkan siapa yang harus dipersalahkan atau kenapa berlaku kelewatan untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Apabila sistem sedia ada gagal berfungsi dengan berkesan disebabkan kelemahan pentadbiran sedia ada, rakyat keluar menghulurkan bantuan kepada mangsa tanpa dikerah oleh sesiapa.

Kita tidak nampak warna kulit putih, kuning, hitam atau sawo matang. Yang kita lihat ialah rakyat keluar membantu mangsa yang sedang dalam bahaya dan kesusahan.

Malah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sempat menghantar pesanan kepada semua ahli parti dari wad hospital di mana beliau sedang menjalani pemeriksaan kesihatan:

“Ini bukan masa untuk berpolitik. Ini masa untuk kemanusiaan. Bantuan diberi tidak harus memilih sesiapa.”

Tahniah dan terima kasih pada semua sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang keluar menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Anda telah membuktikan perpaduan itu sentiasa wujud dalam kalangan rakyat negara bertuah ini. Anda semua adalah wira-wira yang tidak didendang.

AZMAN MOHD. HASHIM, Pengerusi Biro Perpaduan Pejuang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya