Jangan mungkir janji pada rakyat - Utusan Malaysia

Jangan mungkir janji pada rakyat

JANGAN berjanji perkara yang tidak boleh ditunaikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK sampai sebulan, kita menyaksikan dua pilihan raya negeri (PRN) iaitu PRN Melaka pada 20 November lalu dan PRN Sarawak, 18 Disember lalu.

Proses PRN yang berjalan lancar membolehkan rakyat menggunakan hak untuk memilih calon sesuai bagi mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Sebenarnya, ini merupakan amalan demokrasi di mana proses pilihan raya menjadi satu mekanisme untuk rakyat memilih dan menentukan tampuk kerajaan.

Suasana pilihan raya di tanah air kita tidak banyak bezanya dengan negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Dalam memenangi hati rakyat, maka banyak janji dikemukakan. Antaranya membasmi kemiskinan, peluang pekerjaan, menangani wabak penyakit, pendidikan, kemudahan beriadah, akses kepada internet dan infrastruktur jalan raya terutama bagi masyarakat di luar bandar.

Mengapakah semua janji bagi memberikan keperluan asas ini penting? Ia penting kerana itu sebenarnya aspirasi rakyat masa kini dengan matlamat untuk menikmati kehidupan lebih baik.
Kebanyakan parti politik tanah air kita sedar keperluan asas rakyat. Bagi memperoleh undi, strategi komunikasi bagi semua parti politik yang bertanding semasa kempen pilihan raya ialah menyampaikan manifesto masing-masing.

Dalam konteks lebih jelas, manifesto dipersembahkan kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pertimbangan dan menilai parti mana yang boleh merealisasikan aspirasi berkenaan.
Bagi meraih undi, parti politik turut menyelitkan slogan parti masing-masing yang sangat gigih memerangi rasuah, penyelewengan, kronisme dan kleptokrasi.

Realitinya, perlu kita semua akui bahawa kuasa rakyat sangat hebat. Jangan diperkecilkan suara rakyat kerana hak memilih di tangan mereka.

Sebelum berjanji, buatlah due diligence (usaha wajar) tentang kemampuan untuk menunaikan janji. Prestasi Pakatan Harapan (PH) di PRN Melaka dan PRN Sarawak sangat teruk akibat janji-janji yang tidak ditunaikan.

DR. ASMA ISA, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya