BN tidak menang, PH tidak kalah - Utusan Malaysia

BN tidak menang, PH tidak kalah

PH sepatutnya dapat membaca sentimen rakyat yang muak dengan politikus katak. – GAMBAR HIASAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APABILA kita meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, pasti kita dapat melihat prestasi Barisan Nasional (BN) yang berjaya meraih sebanyak 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Kemenangan ini tidak dilihat sebagai rakyat memberi mandat kepada BN kerana kebanyakan kerusi yang dimenangi tidak melibatkan undi majoriti yang banyak. Dalam kata lain, BN menang kerana terdapat perpecahan undi antara PN dan PH.

Peratusan mengundi yang rendah memang menjejaskan peluang PH untuk mengekalkan kemenangan yang dikecapi pada Pilihan Raya Umum 2018.

Saya pasti PH sudah tahu sebab utama peratusan keluar mengundi rendah. Pencalonan dua orang bekas wakil rakyat yang digelar sebagai katak telah menghakis kepercayaan pengundi terhadap PH.

Di sebalik kekalahan PH ini, terdapat juga hikmah yang harus kita renung. Di DUN Pengkalan Batu dan Duyong, calon PH yang diwakili oleh DAP hanya kecundang dengan perbezaan 131 dan 200 undi sahaja.

Apa yang menarik di DUN Pengkalan Batu, DAP mengetengahkan seorang calon muda Melayu, Muhamad Danish Zainudin, 26.

Beliau hanya kecundang kepada calon BN dengan 131 undi sahaja. Apa yang lebih memeranjatkan kita ialah kerusi ini mempunyai peratusan pengundi Melayu begitu tinggi, sebanyak 65 peratus.

Bagi DUN Duyong, calon DAP berketurunan Baba Nyonya dan beliau kecundang dengan hanya 200 undi di kerusi yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.

Yang pasti keputusan akan berbeza sekiranya pimpinan PH menyusun strategi mereka dengan lebih rapi melalui pembacaan sentimen rakyat yang muak dengan politikus katak melompat ke sana sini.

Kesimpulannya, BN tidak menang, PN ada kekuatannya dan PH tidak kalah.

LAU WENG SAN, Banting, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.